Friday, February 6, 2009

PENGALAMAN MEMANCING AKU

Minat memancing aku sejak zaman persekolahan sampai sekarang masih tidak pudar. Daripada zaman pakai set murahan, sampai le aku pakai set yang terkini. Suka aku rangkumkan pengalaman sepanjang aku terlibat dengan dunia hanyir ini. Sokongan dari isteri dan keluarga membuatkan aku bertambah sayang dengan hobi aku ini. Sudah jadi kemestian pada aku, baik kemana saja,set pancing aku sentiasa ade dalam kereta. Tak kira tempat aku labuhkan umpan. Selalunya teknik casting @mengilat menjadi kegemaran aku..



Adakala memancing menjadi mencabar,cabaran itu yang membuatkan aku jadi semakin 'gila' pada dunia hanyir ini. Tempat yang sukar untuk menaikkan ikan menjadi medan tempur untuk aku menguji kemahiran dalam teknik casting. Penggunaan umpan tiruan, seperti janggut @ spinnerbait aku pelajari dari rakan aku, Khazran@Tapah74.

Terima pada bro ni. Aku belajar menggunakan umpan tiruan, yang dulu aku pandang sepi kerana ketidakyakinan aku dalam menjerat ikan menggunakannya. soalan aku semua tengok orang menggunakan umpan tiruan suatu masa dulu, boleh ke dapat ikan pakai benda ni. Tapi sekarang kalau tanya aku boleh ke dapat ikan pakai janggut ni. Jawapan aku. korang tgk gambar aku dapat haruan tu. Pakai janggut le tu.umpan tiruan tu.hehehehehehe...
Percubaan aku menggunakan umpan tiruan bukan setakat janggut sahaja. Gewang yang dikenali sebagai 'katak terbang' dalam forum MFN, telah menarik minat aku untuk mencubanya. Percubaan di banyak lokasi telah membuahkan hasil yang agak boleh dibanggakan. Kelebihan 'katak terbang' ini kalis sangkut, mudah dimainkan dikawasan berumput yang mana sukar bagi gewang lain untuk melakukan tugas berat ini. Kawasan yang berlumut tebal dan berstruktur padat telah aku cuba. Hasilnya..haruan skala 400g. Sambaran haruan ni memang mengejutkan.

No comments:

Post a Comment